Saturday, October 4, 2008

Q:Apakah itu fiber?
Fiber merupakan gentian serabut yang terkandung dalam tumbuh-tumbuhan. Fiber membentuk dan menawarkan kekuatan serta struktur bagi tumbuh-tumbuhan. Gentian berkenaan merupakan salah satu gizi penting untuk mengekalkan kesihatan sungguhpun ia tidak dapat dicerna secara langsung oleh tubuh badan manusia. Fiber banyak terkandung dalam semua bijirin seperti beras, gandum, oat, psyllium husk , buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang seperti soya, kacang tanah, dhal, pea, guava dan sebagainya. Fiber hanya terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan tidak terkandung dalam daging haiwan, ikan dan bahan tenusu.



Q:Apakah kepentingan Fiber terhadap kesihatan manusia?
Menurut pakar-pakar kesihatan, pengamalan kesihatan bermula dari penjagaan bahagian usus. Pengambilan fiber yang mencukupi setiap hari dapat memperkuat pengendalian bahagian usus secara berkesan. Fiber membantu meransang sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit. Selain daripada itu, ia membuatkan anda merasa kenyang lalu mengurangkan kuantiti makanan yang diambil dan dengan demikian membantu mengawal berat badan.

Q: Siapakah memerlukan fiber?
Setiap orang memerlukan fiber tiap-tiap hari, terutamanya pesakit diabetis, orang yang berlebihan berat badan dan obesiti.

Q: Berapakah jumlah pengambilan fiber yang sesuai bagi seseorang setiap hari dan apakah cara pengambilannya?
Menurut cadangan pakar pemakanan, jumlah pengambilan fiber yang disyorkan bagi seseorang setiap hari adalah di antara 20-35 gram. Anda dicadangkan untuk menambah kuantiti pengambilan sedikit demi sedikit. Minumlah lebih banyak air apabila kuantiti pengambilan fiber kian menambah . 8 gelas air dicadangkan untuk diminum setiap hari.

Q:Bilakah akan timbulnya kesan tindakbalas selepas pengambilan Phyto Fiber?
Secara umumnya, selepas mengambil Phyto Fiber selama 8-12 jam, akan timbul keperluan untuk membuang air besar. Namun, hal ini tertakluk kepada keadaan tubuh badan masing-masing..

Q: Bagaimanakah fiber membantu meransang sistem penghadaman?
Fiber akan melancarkan proses penghadaman. Lendiran fiber berupaya melicinkan usus dan menyingkirkan bahan buangan lalu memelihara kesihatan bahagian usus.

Q:Benarkah fiber dapat membantu mengawal berat badan?
Fiber berupaya memanjangkan waktu kekalan makanan dalam bahagian perut dan membuatkan anda berasa kenyang. Hal demikian dapat membantu anda mengurangkan pengambilan makanan dan kalori . Selain daripada itu, tabiat pemakanan yang baik dan rajin bersenam juga membantu dalam pengawalan berat badan.

Q:Adakah pengambilan fiber akan mengakibatkan ketidakcukupan garam mineral atau menghapuskan bakteria yang bernas?
Menurut laporan kajian semasa, fiber tidak akan mengakibatkan masalah yang sedemikian. Sebaliknya,bakteria bernas turut bergantung kepada fiber untuk bertumbuh dan membiak.

Q: Adakah kesan sampingan akan menimbul jika kita mengambil makanan tambahan berserat tinggi dalam jangka masa yang panjang?
Sekiranya makanan tambahan berserat tinggi diperbuat daripada bahan semulajadi, ia tidak akan seperti sesetengah julap yang akan melonggarkan saluran usus, sebaliknya, serat akan mempertingkatkan pergerakan peristalsis saluran gastro-usus dan menggalakkan kesihatan usus serta fungsinya. Jadi, anda boleh mengambilnya secara bebas jika produk itu adalah daripada syarikat yang bereputasi baik.

Q:Megapakah sesetengah orang akan merasai penyahhidratan selepas mengambil produk berserat tinggi?
Ini kerana mereka tidak meminum air dengan secukupnya, tambahan pula serat berkebolehan untuk menyerap air. Masalah boleh diatasi dengan meminum air dengan secukupnya, sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari. Sebagai tambahan, anda juga boleh mengambil makanan tambahan untuk menggantikan kehilangan elektrolit melalui air.

Q: Untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan, selain mengambil serat, apakah nasihat ke atas makanan yang perlu mereka ambil perhatian?
Pastikan mengambil makanan yang seimbang untuk memenuhi keperluan seharian. Mereka perlu mengelakkan makanan berkalori tinggi dan berlemak tinggi seperti makanan yang digoreng dan makanan yang tinggi kandungan kanjinya. Selain itu, buah-buahan segar dan sayur-sayuran juga baik untuk mereka kerana makanan ini mengandungi kalori yang rendah tetapi tinggi kandungan mineral dan vitamin yang dapat mempertingkatkan fungsi tubuh badan.

Q: Adakah serat dapat meningkatkan kecantikan?
Makanan serat membantu badan untuk membersihkan kolon dan mengurangkan penyerapan toksin. Tambahan pula, selain serat, sesetengah makanan seperti roselle juga kaya dengan vitamin C, jadi ia juga memiliki kebolehan kecantikan yang tertentu

No comments: